Dengar
Oh! Jeritan batinku
Memekik-mekik
Memanggil-manggil
Namamu selalu
Sehari kurasa sebulan
Hatiku tiada tertahan
Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Di kau tiada…
Risau
Batinku menangis risau
Makin kau jauh
Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan derita
Oh! Dengarlah
Jeritan batinku
Dipetik dari lagu P.Ramlee
p/s: bersedih dengan keadaan diri=(
Assalamualaikum,
Bersempena dengan musim peperiksaan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ‘Selamat Menyambut Peperiksaan’ kepada sahabat sekalian.
Semoga anda semua menghadapi peperiksaan dengan hati yang tenang dan di dalam keadaan bersedia.
Dan satu pesanan ringkas, usaha itu wajib, tapi yang menentukan kejayaan sesuatu perkara itu hanya terletak pada tangan Allah S.W.T. Jadi kita juga perlu memohon pertolongan daripada Allah supaya usaha yang kita lakukan diberkati.
InshaAllah. Sekian.
Assalamualaikum,
Bercerita mengenai guru mengenangkan saya kepada guru-guru yang banyak menabur jasa kepada diri saya sehingga saya berjaya melanjutkan pelajaran di univesiti hari ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada anda semua yang tidak pernah mengenal erti penat dan letih dalam mendidik semua pelajar.
Kenapa saya bercerita pasal guru? pelik? Oh terlupa pula yang saya ni bakal seorang guru Matematik. Persoalan bermula apabila salah seorang dari kawan saya bertanya tentang cabaran menjadi seorang guru? Saat itu baru kami terfikir bahawa guru mempunyai banyak tugas yang perlu dilaksanakan untuk memastikan para pelajar mendapat didikan yang sempurna.
Antara tugas guru ialah mengajar,menanda buku,kena layan karenah pelajar yang pelbagai,kena marah dengan pengetua,kena menghadap ibu bapa dan sangat banyak lagi..(penat tulis).. Bermakna lagi penat untuk melaksanakan semua tugasan yang telah dipertanggunjawabkan. Jadi, kepada bakal-bakal guru seperti saya, hendaklah bersedia untuk menerima karier guru yang orang masa kini melihat profesien ini macam remeh tetapi sebenarnya mempunyai cabaran yang tinggi.
Bukan itu sahaja,tugas seorang guru bukan sekadar mendidik pelajar dari segi akademik malahan aspek sahsiah juga turut diambil kira. Aspek sahsiah ini merupakan elemen yang penting dalam membentuk keperibadian pelajar itu sendiri. Apabila sahsiah itu sempurna ia akan berkadar langsung dengan akademik yang meletup.InshaAllah.
Jadi,bagaimana ingin membentuk sahsiah yang mantap ini? Sudah tentulah melalui proses tarbiyyah. Kenapa? Cuba kita lihat ketika zaman ketamadunan Islam berada di puncak, banyak tokoh ilmuwan Islam dilahirkan ketika itu. Antaranya ialah Al-Khawarizmi(Algebra), Ibnu Sina(Perubatan) dan ramai lagi. Adakah mereka sekadar mengkaji dari sudut sains tulen dan mengabaikan tentang sains sosial? Sudah tentu tidak. Hal ini kerana mereka mempunyai pegangan akidah yang mantap dan mengamalkan cara hidup yang mengikut acuan Islam. Begitu penting sekali pembentukan diri dari dalam.
Apa kaitan dengan guru ek? Ooo, jadi tugas guru adalah untuk mentarbiyyahkan pelajar-pelajar mereka. Senang cite, guru juga perlu berdakwah kepada pelajar mereka. Profesien guru merupakan platform terbaik untuk memberikan pemahaman tentang Islam sebenar kepada generasi muda masa kini.
Oleh itu, kepada rakan-rakan yang bakal menjadi guru, marilah kita bersama-sama mempersiapkan diri untuk menerajui generasi muda pada masa akan datang. InshaAllah pelajar-pelajar yang diberi didikan seperti ini mendapat kejayaan bukan sekadar di dunia malahan akhirat juga. Inilah kehebatan jawatan seorang guru.
Sekian.
Assalamualaikum,
Hari ini saya berminat untuk bercerita mengenai destinasi saya dan inshaAllah menjadi destinasi bagi semua mukmin.Jadi, apa dan di mana destinasi yang hendak ditujui?Cuba lah teka..
Semestinya SYURGA, yang mana di bawahnya mengalir sungai-sungai yang seringkali disebut di dalam Al-Quran.Dan apabila syurga adalah destinasi kita, apakah kenderaan yang memacu kita ke sana?
Pendek kata, apa yang sepatutnya kita lakukan untuk memasuki syurga Allah ini? Kita mestilah melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita iaitu untuk menyampaikan risalah agama yang amat murni ini.
Timbul persoalan di dalam diri saya, apakah saya berada di dalam kenderaan yang menuju destinasi yang sepatutnya?Kerana kenderaan ini tidak akan berhenti dan terus bergerak laju walaupun tanpa saya menyertainya.
Kesimpulannya, tiada masa untuk kita berdalih lagi kerana kita mungkin tidak sempat untuk mengejar ia.Maka terlepaslah kita dan rugi yang teramat sangat kepada diri kita.
Sama-samalah kita renungkan..
Tolonglah aku,
Ampunilah dosa ku Ya Allah,
Aku berdosa dan kotor,
Elakkan aku dari azab neraka Mu Ya Allah.
Tolonglah aku,
Aku menyesal dengan kesalahanku,
Aku dipenuhi kotoran dan najis,
Bagaimana aku ingin menghadap-Mu Ya Allah.
Tolonglah aku,
Aku berjanji tidak akan mengulangi lagi,
Aku lemah dan hina,
Berikan aku kekuatan Ya Allah.
Tolonglah aku,
Bebaskan aku dari belenggu kejahilan,
Aku tidak sanggup menjadi bahan api neraka,
Aku buntu dan mati akal.
Tolonglah aku,
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penolong Ya Allah…………

