Wakaf Usang » Tazkirah

Kesabaran
Assalamualaikum

Hadith: Dari Ibnu Musayyab radhiallahu’ anhu; ia berkata: “Ketika Rasulullah sedang duduk bersama para sahabatnya, ada seorang lelaki yang menyakiti Abu Bakar tetapi Abu Bakar diam sahaja. Kemudian orang itu menyakitinya lagi tetapi Abu Bakar tetap diam sahaja.Kemudian orang itu menyakitinya untuk kali ketiga lalu Abu Bakar pun membalasnya.Menyaksikan hal ini, Rasulullah pon bangkit, lalu Abu Bakar bertanya:’Apakah engkau mendapati aku telah bersalah wahai Rasulullah?’ Rasulullah bersabda:’ Malaikat turun dari langit mendustakan apa yang dikatakan oleh orang itu. Tetapi ketika kamu membalasnya maka malaikat itu pon pergi dan setan pon duduk. Karena itu, aku tidak suka duduk bersama setan” (HR. Abu Dawud).

Alhamdulillah terjumpa hadis yang sangat best nih..InshaAllah nak share sumthing kepada semua:)

Kehidupan sebagai seorang Muslim dan secara khususnya sebagai seorang daie amat memerlukan sifat yang terpuji ini iaitu kesabaran di dalam diri. Sifat kesabaran ini perlu dididik dan disemai dengan sangat teliti. Hal ini kerana di dalam dunia ini, terdapat pelbagai jenis perangai, pelbagai jenis tabiat dan pelbagai jenis kepentingan yang terdapat pada diri seorang manusia.

Kalau kita lihat dari matan hadis di atas, bagaimana Abu Bakar telah ditarbiyyah oleh Rasulullah saw untuk bersabar dalam semua perkara dari sekecil-kecil benda sehingga ke sebesar-besar perkara. Bagaimana kita lihat sendiri Khalifah Islam pertama yang terkenal dengan sifat kesabaran dan sifat lemah-lembutnya, pun masih dikatakan kurang kesabarannya lagi. Dan sepertimana kita lihat dalam sirah nabawiyyah, bagaimana Rasulullah mentarbiyyah para sahabat dengan sifat bersabar dan merendahkan ego mereka selama 13 tahun ketika di bumi Mekah.

Kenapa di awal permulaan dakwah baginda , baginda sangat menekankan sifat kesabaran dalam diri para sahabat?

Hal ini kerana sifat kesabaran sangat diperlukan bagi seorang daie dalam menerajui dakwah mereka. Sifat kesabaran yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw banyak membuka mata masyarakat sekeliling sehinggakan Umar al-Khattab pon terkesan dengan sifat kesabaran yang terdapat pada semua orang Islam yang disiksa tanpa henti dan dipulaukan tanpa ada sebarang bekalan makanan dan perhubungan yang boleh dilakukan ketika itu yang akhirnya menyebabkan Umar terfikir dan terbuka hatinya untuk menerima Islam.

Dan inilah contoh yang perlu kita teladani dan ikuti dari cara Nabi Muhammad saw dan para sahabat. Kita perlu mengambil ibrah agar kita tidak membuat kesilapan ketika melakukan kerja dakwah. Dalam diri setiap insan, pasti mempunyai suatu sifat simpati(sifat kemanusiaan), dan begitulah juga KITA, untuk membuka mata masyarakat di luar sana, sifat kesabaran sangat diperlukan.

Kadang dalam kita berdakwah, orang yang kita cuba dakwahkan; seperti kita call, kita mesej, kita berkenalan di facebook dan ber’YM’ dll, susah untuk memberi respons terhadap dakwah yang kita lakukan, janganlah kita terlalu cepat rasa down, kecewa dan di sinilah dan pada tika inilah kesabaran sangat diperlukan pada diri seorang daie.

Kenapa kesabaran diperlukan ketika ini? Kerana kita faham dalam berdakwah ada peringkat-peringkat tertentu untuk kita melihat bagaimana penerimaan orang yang kita dakwahkan. Dan jangan lah kerana kita terlalu gopoh dan terlalu excited untuk membawa orang kepada ISLAM, akan menyebabkan mereka lari daripada Islam dan KITA pula yang akan menjadi punca atau sebab hidayah itu tidak dapat sampai kepada mereka. Naudzubillah.

Semoga kita bersama-sama dapat membina sifat yang sangat terpuji ini di dalam diri KITA semua. InshaAllah.

Wallahualam.

Naungan Allah
Assalamualaikum

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” Riwayat at-Tirmidzi

Hadis nih sangat menyentuh hati saya. Sebab ia mengingatkan diri ini yang masih jauh dari semua ciri-ciri yang disebutkan oleh Rasullullah saw.

Saya amat tertarik apabila dalam hadis di atas ada menyebutkan; mengenai dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

Dan begitulah kita sepatutnya, dalam kita berukhuwwah, sangat perlu untuk KITA berukhuwwah kerana Allah. Kerana hubungan dan ikatan yang tersimpul ini diikat dengan satu ikatan yang paling kukuh iaitu ikatan akidah islamiyah. Ikatan yang mengikat kukuh ruh-ruh KITA ini lebih tebal daripada ikatan kekeluargaan yang sedia ada.

Banyak sirah nabi dan sahabat telah berjaya membuktikan dengan ikatan ini mereka berjaya dan mampu mengubah dunia suatu ketika dahulu.

Tetapi, kadang-kadang KITA terlalu mudah untuk mengungkapkan yang hubungan ukhuwwah KITA kerana Allah, apakah buktinya?

Ia hanya dapat dirasai dan dinikmati apabila kita bersama-sama berhempas-pulas bekerja untuk Islam dan KITA menanggung beban dakwah ini bersama. Ketika susah, kita tempuhi bersama dan ketika senang, kita nikmati bersama kerana kita faham bahawa jalan yang KITA pilih ini bukan jalan yang direntangkan dengan permaidani merah, tidak dipenuhi dengan kelipan cahaya kamera, tidak disenangi oleh seluruh umat manusia dan jalan yang KITA yakin bahawa balasannya adalah syurga hanya dipenuhi dengan duri, cercaan, penyiksaan dan mungkin mati kita adalah di tali gantung.

Oleh sebab itu, janganlah kita masih mahu mementingkan diri sendiri, masih berkira dalam berukhuwwah, masih tidak boleh menerima teguran dari ikhwah KITA, masih tidak berlapang dada dan bersangka buruk kepada ikhwah yang lain, masih mahu menunjuk-nunjuk yang kita adalah yang terbaik, masih berkeras untuk meninggalkan jahiliyyah, dan masih keras kepala dalam melakukan keputusan tanpa memikirkan yang lain.

Semua ini hanya mencacatkan dan memburukkan ukhuwwah sesama KITA serta tidak akan melajukan pergerakan dakwah KITA sama sekali,dan ingatlah penentu untuk masuk ke syurga Allah bukanlah kerana KITA berada di jalan ini, tetapi ketakwaan kepada Allah  lah yang akan menentukan segala-galanya.

Jadi, kita sangat membutuhkan percintaan dan kasih sayang sesama KITA hanya kerana Allah semata-mata kerana dengan ini inshaAllah kita akan mendapat naungan Allah dan mengelakkan kita daripada tersimpang ke arah kesesatan serta menyelamatkan kita daripada neraka jahanam.

Wallahualam.

Bilal bin Rabah
“Muazzin Rasulullah, Simbol Persamaan Darjat dan Simbol Perlawanan”

Jika disebut nama Abu Bakar, maka Umar akan berkata,”Abu Bakar adalah pemimpin kita, yang telah memerdekakan pemimpin kita.”Maksudnya ialah Bilal.

Seseorang yang diberi gelar oleh Umar “pemimpin kita”, tentu seorang tokoh yang layak memperileh kehormatan seperti itu.Tetapi setiap kali pujian yang ditujukan kepada dirinya,lelaki yang berkulit hitam, kurus kerempeng, tinggi lampai, berambut lebat dan bercambang tipis ini pasti menundukkan kepala dan memejamkan matanya. Lalu dengan air mata membasahi pipinya, ia berkata,” Aku ini orang Habsyi(berasal dari Habsyah).Baru saja aku dimerdekakan dari statusku sebagai budak belian.

Dialah Bilal bin Rabah, yang mengumandangkan seruan  Islam dan menggoyahkan kaki-kaki berhala.

Dialah satu dari keajaiban keimanan dan kejujuran.

Dialah keajaiban Islam, bukti kedahsyatan Islam.

Dari sepuluh muslim dari setiap generasi paling tidak ada tujuh yang mengenal Bilal. Ertinya, ada ratusan juta orang muslim yang mengenal dengan baik siapa Bilal dan bagaimana gigihnya dalam perjuangan Islam, sebagaimana mereka mengenal siapa dan bagaimana dua Khalifah terbesar dalam Islam; Abu Bakar dan Umar.

Jika anda berada di Mesir, Pakistan, Indonesia, Malaysia atau China,

Jika anda berada di Amerika, Eropah dan Rusia,

Jika anda berada di Iraq, Suriah, Turki, Iran dan Sudan,

Jika anda berada di Tunisia, Aljazair dan Morocco,

Jika anda berada di Afrika dan pedalaman Asia,

Di mana pun anda, di setiap wilayah yang dihuni kaum muslimin, anda boleh bertanya kepada anak-anak yang masih duduk di sekolah rendah,”Siapakah itu Bilal?”

Pasti akan mendapat jawapan seperti ini,” Dia adalah muazzin Rasulullah. Sebelumnya dia seorang budak yang disiksa oleh tuannya Umayyah bin Khalaf dengan batu besar di tengah terik panas, agar dia meninggalkan Islam. Namun dia menjawab, ‘Ahad(Allah Maha Esa).Ahad(Allah Maha Esa).”

Kita boleh melihat bagaimana Islam menjadikan Bilal dikenang sepanjang masa, Padahal sebelum menjadi muslim, dia hanyalah seorang budak belian yang mengembalakan unta tuannya dengan gaji beberapa butir kurma. Kalau bukan kerana Islam, boleh dipastikan dia akan menjadi budak belian sampai ajal menjemputnya, dan tidak akan ada satu orang pun yang akan mengenangnya.

Keimanannya  yang kuat dan kehebatan Islam yang ia anut telah mengubah kehidupannya. Bahkan, mengubah posisi dirinya dalam sejarah kehidupan manusia. Dia tergolong dalam para tokoh Islam yang perjuangannya tidak akan dilupakan.

Kenapa Bilal ditinggikan darjatnya oleh Allah s.w.t?

Apa beza antara Bilal dengan KITA?

Mengapa Bilal dikenang kisahnya sehingga sekarang?

Apa yang ada pada seorang budak yang berkulit hitam, kurus kerempeng dan berambut kismis ini?

Apakah RAHSIAnya?

Mungkinkah kefahaman Bilal terhadap konsep Syahadatul Haq yang sangat mendalam?

Jika anda ingin tahu apakah rahsia Bilal? Jom KITA rungkai bersama di dalam program Syahadatul Haq.

Pemancing
Assalamualaikum

Seorang pemancing yang menunggu ‘ikan-ikan’ memakan umpannya.

Yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam pencarian ‘ikan-ikan’ itu.

Jadilah pemancing ikan yang kritikal dalam memancing ‘ikan’ supaya tidak akan terlepas walaupun satu.

Setelah mendapat ‘ikan’, si pemancing dinasihatkan supaya menjaga ‘ikan-ikan’ itu dengan meletakkan ‘ikan-ikan’ tersebut di dalam suatu ‘bekas’ agar ia terselamat daripada ancaman luar yang diduga dan yang tidak diduga.

Si pemancing tidak seharusnya lalai dalam menjalankan ‘urusan’ yang amat penting ini.

Kerana ‘ikan-ikan’ tersebut inshaAllah akan menyelamatkan hidup si pemancing kelak.

Wassalam

Ibubapa mu dahulukan mereka!
Ketika kita masih kecil, ibubapa menyayangi kita. Menjaga dan membelai. Menahan hujan dan panas. Memberi makan walaupun kadangkala mereka sendiri terpaksa berlapar dan menghabiskan duit untuk membeli makanan ringan untuk kita.

Berbelas tahun kita begitu sehingga kita besar…

Tiba-tiba ketika kita mendapat dakwah dan memahami Islam, kita engkar dan menjadi lebih ‘tidak mendengar kata’. Setelah anaknya mengenali ‘usrah’ dan ‘tamrin’, tiba-tiba menjadi lebih degil dan tidak mengerti erti kasih sayang dan ‘ihsan’. Bahkan kadangkala menipu dan mendahulukan kawan-kawan ‘ikhwah/akhawat’ nya??

Ibubapa kita tidak mengerti bahasa dakwah kita. Mereka tidak faham apa erti ‘ISK’ dan ‘IPK’. Apa yang mereka fahami ialah kita telah mengikuti dakwah dan tiba-tiba anaknya menjadi lebih ‘kurang ajar’ !

Apakah ini semua tidak menyakitkan hati mereka berdua? Bukankan ini akan memburukkan lagi imej dakwah dan usrah?

Duduklah ditempat mereka, berfikirlah apa yang mereka fikir dan ingatilah betapa pedihnya anak yang ditatang rapi sejak lahir dengan begitu susah payah setelah di’bawa’ ke sana ke mari selama 9 bulan tiba-tiba berubah lebih ‘degil’ setelah bersama-sama dgn kawan-kawanya yang bertudung labuh?

Jagailah hati kedua mereka. Mereka lebih patut dijagai dari menjaga nuqaba’ anda. Naqib/naqibah anda hanya datang pada beberapa hari kebelakangan ini. Mereka datang mengenalkan anda tentang Islam dan erti tanggungjawab ’syahadatul haq’. Tetapi mereka tidak dapat membuang hati ibubapa dan melemparkan begitu saja. Mengenal Islam tidak beerti kita menolak ibubapa walaupun mereka ‘tidak sefaham’ kita dan ‘tidak seaktif’ kita.

Naqib/naqibah mungkin dapat mengajar erti Islam ‘baru’ yang kita belajar, tetapi mereka tidak dapat menghapuskan ketinggian perintah Allah untuk ihsan kepada ibubapa. Jika ihsan ibubapa tidak dapat ditunaikan tanpa mengingkari naqib/naqibah, maka ibubapa mesti didahulukan. Ibubapa hanya tidak dapat menandingi ‘wajibnya dakwah’ kerana ia adalah perintah Allah, tetapi ibubapa boleh menandingi ketinggian taatnya pada naqib tertentu, kerana ‘tertentu’ masih dalam lingkungan ijtihadi.

Moga kita tidak menjadi beban dan perosak ‘imej’ dakwah. Bersopan dan berbaktilah… moga Allah mudahkan perjalanan amal kita.

Coretan Ustaz Muntalaq

Anda bukan keseorangan memimpinnya..
Assalamualaikum

Ketika anda mengajak seseorang ke jalan yang benar, tiba-tiba anda terasa sangat gembira kerana sedikit usaha dari anda telah memberikan hasilnya. Anda terus diterima dan orang yang diajak mengikuti anda dengan pantas. Anda mengira anda telah melakukan sesuatu yang besar.

Anda harus sedar. Seseorang yang sedar ditangan anda sebenarnya bukannya hasil sepenuhnya dari usaha anda. Anda hanya mungkin hanya orang yang terakhir memegangnya dan membawanya ke satu ‘klick’ yang menyebabkannya tersentak dan terus mengikut kebenaran.

Sebelum anda telah ada banyak manusia lain yang telah sama-sama memberikan saham untuk menyedarkannya. Cuma apa yang telah dibuat oleh orang lain tidak dapat menyampaikannya ke tahap ‘klick’ tersebut. Mungkin usaha orang lain lebih banyak dari usaha anda. Anda hanya pelengkap.

Mungkin orang lain telah berlari beratus-ratus kilometer untuk membawa obor itu ke garisan akhir. Tetapi oleh kerana anda adalah pembawa obor terakhir, maka anda yang diraikan dan disanjung, bukan orang yang sebelumnya. Sedangkan anda mungkin hanya berlari beberapa meter yang terakhir sebelum tiba ke garisan.

Kefahaman ini mengingatkan anda betapa banyaknya manusia lain yang telah berkorban untuk usaha dakwah ini. Mereka berpenat lelah dan mungkin sebahagian dari mereka telah meninggal. Tetapi hasil usaha mereka itu kita kutip dengan mudah, kita petik dan membungkusnya indah-indah.

Inilah rahsia kata-kata Imam al-Syafie r.a:

الحر من راعى وداد لحظة أو تمسك بمن أفاده لفظة

atau dalam riwayat yang lain:

وَأَنَّ الْحُرَّ مَنْ رَاعَى وِدَادَ لَحْظَةٍ وَانْتَمَى لِمَنْ أَفَادَ لَفْظَةً

Orang yang merdeka itu ialah orang yang menjaga kasih sayang kepada seseorang walaupun walaupun ianya sebentar diperolehi, dan dia berpegang atau merasai terikat dengan seseorang yang pernah memberi faedahnya kepadanya walaupun dengan suatu perkataan.

Salman r.a tidak begitu cepat untuk beriman jika tidak hasil dari nasihat dari guru-gurunya sebelum dia tiba di Madinah. Zaid Amru r.a mempunyai sahamnya atas doa yang dibuat untuk menjadikan anaknya Said bin Zaid r.a menjadi muslim. Di belakang setiap hidayah, terdapat berapa ramai orang yang telah mendapat saham pahalanya.

Moga kita menghargai semua jasa mereka yang mungkin telah pergi, mereka yang masih ada tetapi mungkin telah jauh seketika dari dakwah, mereka yang masih berhempas pulas menyelamatkan ummah melawan arus jahiliyyah walaupun mereka tidak sama seperti kita dalam bentuk usahanya…. dan ramai lagi yang kita tidak kenali mereka, tetapi Allah mengenali nama-nama mereka.

Mereka semua telah memberikan jasa dan saham untuk dakwah yang sedang begitu rancak kembali sekarang..!

Moga Allah memberikan pahala saham orang-orang yang telah membina iman dan islamku walaupun aku sendiri tidak pernah mengingati mereka sekarang..!

Artikel ini dipetik dari Ustaz Muntalaq

Mentaliti Hud-Hud
Assalamualaikum,

” Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir?”

” Pasti akan kuhukum ia dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas.”

Demikian bicara Nabi Sulaiman alaihisalam seusai pemeriksaan barisan tenteranya yang juga terdiri daripada burung-burung.

Ya, di manakah hud-hud? Masakan dia tak hadirkan diri untuk ‘roll call’ yang sangat penting ini? Masakan dia berani derhaka kepada perintah Nabi Sulaiman, yang kerajaan jika dibandingkan pada hari ini, lebih hebat daripada kerajaan Barrack Obama?

Tiba-tiba…

” Aku mengetahui sesuatu yang belum engkau ketahui. Aku datang kepadamu dari negeri Saba membawa suatu berita yang meyakinkan.”

Ah…itu hud-hud! Berita apakah yang dibawa oleh di kecil ini? Berita yang lebih penting daripada menghadirkan diri ke ‘roll call’ barisan tentera Nabi Sulaiman? Lebih penting daripada nyawanya sendiri? (Recap –> ” Pasti kuhukum dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia…”)

” Sungguh, kudapati ada seorang perempuan yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar.”

” Aku dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah, dan setan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk,”

” mereka juga tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan.”

” Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arsy yang agung.”

Hud-hud, seekor burung yang kecil, tapi mempunyai himmah (semangat) yang besar. Sanggup mengambil risiko demi menyampaikan berita yang cukup kritikal. ‘ Oh Nabi Allah, ada kaum yang berada dalam kesesatan yang nyata! Mereka, walaupun dikurniakan dengan kerajaan yang tidak kurang hebatnya, tidak menyembah Allah, yang telah mengurniakan mereka dengan nikmat itu pada awalnya! Apakah kita harus berdiam diri sahaja? Apakah kita harus goyang kaki sementara kaum ini terus menerus dalam kesesatan? Apakah kita bisa membiarkan saja mereka menyembah matahari?’

Hebat, hebat sungguh mentaliti hud-hud.

Dia tidak merasakan tubuhnya yang kecil menjadi penghalang dalam membawa misi yang cukup besar. Amar maaruf, nahi munkar.

Dia tidak merasakan, ‘oh, aku cuma seekor burung, ini sekumpulan manusia. mengapa aku perlu menjaga tepi kain mereka? Biarlah manusia lain yang menyibuk mengambil tahu hal mereka!’

Dia juga tidak merasakan, ‘ alamak, nanti kalau aku tak pulang segera untuk roll call ni, Nabi Sulaiman marah dan hukum aku. Tak perlulah sibuk-sibuk dengan kaum ni. Pandai-pandailah Nabi Sulaiman dapat tahu nanti. Dia kan rasul. Yang penting, aku jaga diri aku sendiri. Nanti aku kena hukum, kena sembelih, aku juga yang susah.’

Yang penting, yang bermain dalam fikiran hud-hud, cuma satu;  ‘ok, ni ada kaum yang menyembah selain Allah. Isu yang sangat kritikal ok! kena sembelih pun sembelih la, masakan aku dapat berdiam diri sedangkan ada kemungkaran yang besar berlaku di hadapan mataku? Menyembah selain Allah! Tidak, tidak mungkin aku dapat biarkan!’

Saya sempat berbual dengan seorang pesakit semasa aku memasukkan cannula ke dalam salur darahnya. Dia dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan pada tulang kakinya yang patah. Semasa berbual saya mendapat tahu yang dia rupa-rupanya seorang guru (bekas).

” Did you enjoy your job?” Saya bertanya sambil menyiapkan peralatan untuk memasukkan cannula tersebut.

” Yes and no.” Jawabnya.

” Why no? “

” The kids nowadays, they have no respect to teachers. Unlike in the old days. And there is nothing that you can do about it. You can’t punish them. And there is no use bringing this up to the top. They don’t like to hear about this things.” Jelas tergambar kekecewaan di wajahnya yang sedikit pucat. (kiraan darah merahnya 7.6–>kerana itulah saya berusaha untuk memasukkan cannula ini, untuk memindahkan sedikit darah sebagai ganti)

” They don’t like whistle blowers? ” Cannula akhirnya berjaya dimasukkan, tinggal hendak ‘flush’.

” No, they don’t. They pretend that everything is ok when its clearly not.”

” At one point, the society is going to collapse isn’t it? It can’t keep on like this.” Saya membuat spekulasi sambil meletakkan ‘dressing’ di atas cannula tadi.

” I hope not. ” Pesakit itu tersenyum. ” Hopefully somebody will realize it and take action before its too late.”

Rupa-rupanya dia pun menanti kedatangan ‘hud-hud’. Hud-hud yang berani menyatakan kebenaran, berani menyatakan yang hak, berani mengambil tindakan, bukan hanya sekadar melihat dari tepi dan menanti.

Hud-hud yang menjadi pemangkin kepada perubahan masyarakat ini…

” Masuklah ke dalam istana.”

Ketika Balqis melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya penutup kedua betisnya.

” Sesungguhnya ini hanyalah lantai istana yang dilapisi kaca.” Kata Nabi Sulaiman.

Dan ketika itu pintu hidayah terbuka, lalu dia menyatakan keimanannya.

‘ Ya Tuhanku, sungguh, aku telah berbuat zalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama-sama Sulaiman kepada Allah, Tuhan seluruh alam.”

Saya bayangkan, kiranya hud-hud bersama-sama berada di situ, pastinya dia tersenyum puas mendengar ucapan ikhlas Ratu Balqis.

Dan dia cuma seekor burung. Sedangkan kitalah, sebagai manusia yang dipertanggungjawabkan untuk membawa risalah ini.

Adakah kita hendak kalah pada hanya seekor burung?

Saya tak dapat bayangkan, seandainya kita dapat memahami percakapan burung-burung atau semut, atau apa jua binatang yang sentiasa menjadi saksi terhadap peradaban manusia pada hari ini…

Pastinya kita akan malu…

Kerana pastinya tidak putus-putus mereka mengingatkan, mengkhabarkan, mengejar kita dengan berita-berita…

” Kaum X tak sembah Allah, sembah taghut!”  Bising burung A.

” Kaum Y dah lupa kepada ajaran Rasulullah!” Leter semut B.

” Kaum Z perlu bimbingan, mereka tengah kritikal diserang jahiliyyah ni!” Panik ikan C.

Tak dapat bayangkan. Mesti kita ketika itu tak putus-putus bekerja kan? Tak ada masa dengan kerja-kerja lagho. Ada saja ‘report’ dari spesis yang berbeza. Semuanya peka, semuanya ingin sama-sama melihat dunia ini dikendalikan mengikut hukum Allah. Jaminan kesejahteraan dan kebahagiaan. Untuk semua.

Tapi realitinya, kita sebagai manusialah yang dipilih untuk memikul tanggungjawab ini.

Bukan burung-burung, bukan semut, bukan kucing, bukan ikan, bukan zirafah…

Rasulullah telah mewariskannya kepada kita.

Kitalah yang harus menjadi hud-hud itu…

Ayuh, persiapkan diri, ikhlaskan niat, dan teruslah bekerja!

(sumber rujukan : dari Surah an-Naml)

p/s: cerita ini dipetik dari penulisan seorang sahabat..

Hawa nafsu
Assalamualaikum,

Hawa nafsu adalah kecenderungan jiwa kepada perkara yang haram. Dinamakan hawa karena menyeret pelakunya di dunia kepada kehancuran dan di akhirat kepada neraka Hawiyah.

Allah berfirman :

Dan aku tidak menyatakan diriku bebas dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun , Maha Penyayang. [surah Yunus : 53]

Kita telah sedia maklum bahawa hawa nafsu merupakan satu-satu jalan syaitan dapat mempengaruhi amal perbuatan manusia. Jalan terbaik melawan hawa nafsu adalah dengan bermujahadah dan cara paling mudah untuk bermujahadah adalah dengan menitik-beratkan ibadat-ibadat asas setiap hari.

Solat yang khusyuk, sebagai contoh, mampu membersihkan hati dan mencegah individu daripada perbuatan keji. Solat subuh membantu individu melawan nafsu tidur yang berlebihan. Puasa memberikan kekuatan pada invididu yang mengawal nafsu makan, minum dan seks. Zakat membersihkan hati daripada penyakit tamak haloba. Pencarian ilmu melemahkan nafsu yang sukakan kesenangan dan kerehatan dan begitu seterusnya.

Mujahadah merupakan jambatan takwa. Jadi seharusnya dengan bermujahadah kita boleh belajar mengawal hawa nafsu dengan sebaiknya. Rasulullah pernah berkata, “seorang mujahid adalah orang yang memerangi dirinya sendiri.” Peperangan yang dimaksudkan adalah menundukkan hawa nafsu untuk mengikut kehendak Allah semata-mata.

Syaitan merupakan musuh yang nyata dan syaitan akan berusaha bermati-matian untuk mengheret kita ke neraka Hawiyah dan ini merupakan janji syaitan kepada Allah:

Iblis berkata, “Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan kejahatan terasa indah bagi mereka di bumi, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka.”[Al-Hijr :39-40]

Dan sudah semestinya kita tidak mahu tergolong di dalam golongan manusia yang menjadikan syaitan sebagai

sembahannya. Allah juga telah berfirman :

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup di atas penglihatannya.”[Al- Jasiyah :23]

Oleh itu, kunci untuk mendapatkan mujahadah yang paling berkesan dalam menundukkan hawa nafsu adalah dengan beristiqamah. Kerana kita telah jelas mengetahui bahawa syaitan tidak pernah berputus asa dan kita juga perlu ingat bahawa kita mempunyai sebaik-baik penolong iaitu Allah SWT. Dan dalam kita berusaha melawan nafsu kita juga perlu memohon pertolongan dari Pencipta kita Yang Maha Esa. InshaAllah kita akan berjaya mencapai muwasafat tarbiyyah.

Sekian.