Bilal bin Rabah

1

Posted by epi | Posted in Promosi, Tazkirah | Posted on 05-01-2010

“Muazzin Rasulullah, Simbol Persamaan Darjat dan Simbol Perlawanan”

Jika disebut nama Abu Bakar, maka Umar akan berkata,”Abu Bakar adalah pemimpin kita, yang telah memerdekakan pemimpin kita.”Maksudnya ialah Bilal.

Seseorang yang diberi gelar oleh Umar “pemimpin kita”, tentu seorang tokoh yang layak memperileh kehormatan seperti itu.Tetapi setiap kali pujian yang ditujukan kepada dirinya,lelaki yang berkulit hitam, kurus kerempeng, tinggi lampai, berambut lebat dan bercambang tipis ini pasti menundukkan kepala dan memejamkan matanya. Lalu dengan air mata membasahi pipinya, ia berkata,” Aku ini orang Habsyi(berasal dari Habsyah).Baru saja aku dimerdekakan dari statusku sebagai budak belian.

Dialah Bilal bin Rabah, yang mengumandangkan seruan Islam dan menggoyahkan kaki-kaki berhala.
Dialah satu dari keajaiban keimanan dan kejujuran.
Dialah keajaiban Islam, bukti kedahsyatan Islam.

Dari sepuluh muslim dari setiap generasi paling tidak ada tujuh yang mengenal Bilal. Ertinya, ada ratusan juta orang muslim yang mengenal dengan baik siapa Bilal dan bagaimana gigihnya dalam perjuangan Islam, sebagaimana mereka mengenal siapa dan bagaimana dua Khalifah terbesar dalam Islam; Abu Bakar dan Umar.

Jika anda berada di Mesir, Pakistan, Indonesia, Malaysia atau China,
Jika anda berada di Amerika, Eropah dan Rusia,
Jika anda berada di Iraq, Suriah, Turki, Iran dan Sudan,
Jika anda berada di Tunisia, Aljazair dan Morocco,
Jika anda berada di Afrika dan pedalaman Asia,

Di mana pun anda, di setiap wilayah yang dihuni kaum muslimin, anda boleh bertanya kepada anak-anak yang masih duduk di sekolah rendah,”Siapakah itu Bilal?”

Pasti akan mendapat jawapan seperti ini,” Dia adalah muazzin Rasulullah. Sebelumnya dia seorang budak yang disiksa oleh tuannya Umayyah bin Khalaf dengan batu besar di tengah terik panas, agar dia meninggalkan Islam. Namun dia menjawab, ‘Ahad(Allah Maha Esa).Ahad(Allah Maha Esa).”

Kita boleh melihat bagaimana Islam menjadikan Bilal dikenang sepanjang masa, Padahal sebelum menjadi muslim, dia hanyalah seorang budak belian yang mengembalakan unta tuannya dengan gaji beberapa butir kurma. Kalau bukan kerana Islam, boleh dipastikan dia akan menjadi budak belian sampai ajal menjemputnya, dan tidak akan ada satu orang pun yang akan mengenangnya.

Keimanannya yang kuat dan kehebatan Islam yang ia anut telah mengubah kehidupannya. Bahkan, mengubah posisi dirinya dalam sejarah kehidupan manusia. Dia tergolong dalam para tokoh Islam yang perjuangannya tidak akan dilupakan.

Kenapa Bilal ditinggikan darjatnya oleh Allah s.w.t?
Apa beza antara Bilal dengan KITA?
Mengapa Bilal dikenang kisahnya sehingga sekarang?
Apa yang ada pada seorang budak yang berkulit hitam, kurus kerempeng dan berambut kismis ini?
Apakah RAHSIAnya?

Mungkinkah kefahaman Bilal terhadap konsep Syahadatul Haq yang sangat mendalam?

Jika anda ingin tahu apakah rahsia Bilal? Jom KITA rungkai bersama di dalam program Syahadatul Haq.

Pemancing

0

Posted by epi | Posted in Tazkirah | Posted on 07-10-2009

Assalamualaikum

Seorang pemancing yang menunggu ‘ikan-ikan’ memakan umpannya.

Yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam pencarian ‘ikan-ikan’ itu.

Jadilah pemancing ikan yang kritikal dalam memancing ‘ikan’ supaya tidak akan terlepas walaupun satu.

Setelah mendapat ‘ikan’, si pemancing dinasihatkan supaya menjaga ‘ikan-ikan’ itu dengan meletakkan ‘ikan-ikan’ tersebut di dalam suatu ‘bekas’ agar ia terselamat daripada ancaman luar yang diduga dan yang tidak diduga.

Si pemancing tidak seharusnya lalai dalam menjalankan ‘urusan’ yang amat penting ini.

Kerana ‘ikan-ikan’ tersebut inshaAllah akan menyelamatkan hidup si pemancing kelak.

Wassalam

Ibubapa mu dahulukan mereka!

0

Posted by epi | Posted in Life, Tazkirah | Posted on 11-08-2009

Ketika kita masih kecil, ibubapa menyayangi kita. Menjaga dan membelai. Menahan hujan dan panas. Memberi makan walaupun kadangkala mereka sendiri terpaksa berlapar dan menghabiskan duit untuk membeli makanan ringan untuk kita.

Berbelas tahun kita begitu sehingga kita besar…

Tiba-tiba ketika kita mendapat dakwah dan memahami Islam, kita engkar dan menjadi lebih ‘tidak mendengar kata’. Setelah anaknya mengenali ‘usrah’ dan ‘tamrin’, tiba-tiba menjadi lebih degil dan tidak mengerti erti kasih sayang dan ‘ihsan’. Bahkan kadangkala menipu dan mendahulukan kawan-kawan ‘ikhwah/akhawat’ nya??

Ibubapa kita tidak mengerti bahasa dakwah kita. Mereka tidak faham apa erti ‘ISK’ dan ‘IPK’. Apa yang mereka fahami ialah kita telah mengikuti dakwah dan tiba-tiba anaknya menjadi lebih ‘kurang ajar’ !

Apakah ini semua tidak menyakitkan hati mereka berdua? Bukankan ini akan memburukkan lagi imej dakwah dan usrah?

Duduklah ditempat mereka, berfikirlah apa yang mereka fikir dan ingatilah betapa pedihnya anak yang ditatang rapi sejak lahir dengan begitu susah payah setelah di’bawa’ ke sana ke mari selama 9 bulan tiba-tiba berubah lebih ‘degil’ setelah bersama-sama dgn kawan-kawanya yang bertudung labuh?

Jagailah hati kedua mereka. Mereka lebih patut dijagai dari menjaga nuqaba’ anda. Naqib/naqibah anda hanya datang pada beberapa hari kebelakangan ini. Mereka datang mengenalkan anda tentang Islam dan erti tanggungjawab ’syahadatul haq’. Tetapi mereka tidak dapat membuang hati ibubapa dan melemparkan begitu saja. Mengenal Islam tidak beerti kita menolak ibubapa walaupun mereka ‘tidak sefaham’ kita dan ‘tidak seaktif’ kita.

Naqib/naqibah mungkin dapat mengajar erti Islam ‘baru’ yang kita belajar, tetapi mereka tidak dapat menghapuskan ketinggian perintah Allah untuk ihsan kepada ibubapa. Jika ihsan ibubapa tidak dapat ditunaikan tanpa mengingkari naqib/naqibah, maka ibubapa mesti didahulukan. Ibubapa hanya tidak dapat menandingi ‘wajibnya dakwah’ kerana ia adalah perintah Allah, tetapi ibubapa boleh menandingi ketinggian taatnya pada naqib tertentu, kerana ‘tertentu’ masih dalam lingkungan ijtihadi.

Moga kita tidak menjadi beban dan perosak ‘imej’ dakwah. Bersopan dan berbaktilah… moga Allah mudahkan perjalanan amal kita.

Coretan Ustaz Muntalaq :)

Anda bukan keseorangan memimpinnya..

0

Posted by epi | Posted in Tazkirah | Posted on 09-08-2009

Assalamualaikum

Ketika anda mengajak seseorang ke jalan yang benar, tiba-tiba anda terasa sangat gembira kerana sedikit usaha dari anda telah memberikan hasilnya. Anda terus diterima dan orang yang diajak mengikuti anda dengan pantas. Anda mengira anda telah melakukan sesuatu yang besar.

Anda harus sedar. Seseorang yang sedar ditangan anda sebenarnya bukannya hasil sepenuhnya dari usaha anda. Anda hanya mungkin hanya orang yang terakhir memegangnya dan membawanya ke satu ‘klick’ yang menyebabkannya tersentak dan terus mengikut kebenaran.

Sebelum anda telah ada banyak manusia lain yang telah sama-sama memberikan saham untuk menyedarkannya. Cuma apa yang telah dibuat oleh orang lain tidak dapat menyampaikannya ke tahap ‘klick’ tersebut. Mungkin usaha orang lain lebih banyak dari usaha anda. Anda hanya pelengkap.

Mungkin orang lain telah berlari beratus-ratus kilometer untuk membawa obor itu ke garisan akhir. Tetapi oleh kerana anda adalah pembawa obor terakhir, maka anda yang diraikan dan disanjung, bukan orang yang sebelumnya. Sedangkan anda mungkin hanya berlari beberapa meter yang terakhir sebelum tiba ke garisan.

Kefahaman ini mengingatkan anda betapa banyaknya manusia lain yang telah berkorban untuk usaha dakwah ini. Mereka berpenat lelah dan mungkin sebahagian dari mereka telah meninggal. Tetapi hasil usaha mereka itu kita kutip dengan mudah, kita petik dan membungkusnya indah-indah.

Inilah rahsia kata-kata Imam al-Syafie r.a:

الحر من راعى وداد لحظة أو تمسك بمن أفاده لفظة

atau dalam riwayat yang lain:

وَأَنَّ الْحُرَّ مَنْ رَاعَى وِدَادَ لَحْظَةٍ وَانْتَمَى لِمَنْ أَفَادَ لَفْظَةً

Orang yang merdeka itu ialah orang yang menjaga kasih sayang kepada seseorang walaupun walaupun ianya sebentar diperolehi, dan dia berpegang atau merasai terikat dengan seseorang yang pernah memberi faedahnya kepadanya walaupun dengan suatu perkataan.

Salman r.a tidak begitu cepat untuk beriman jika tidak hasil dari nasihat dari guru-gurunya sebelum dia tiba di Madinah. Zaid Amru r.a mempunyai sahamnya atas doa yang dibuat untuk menjadikan anaknya Said bin Zaid r.a menjadi muslim. Di belakang setiap hidayah, terdapat berapa ramai orang yang telah mendapat saham pahalanya.

Moga kita menghargai semua jasa mereka yang mungkin telah pergi, mereka yang masih ada tetapi mungkin telah jauh seketika dari dakwah, mereka yang masih berhempas pulas menyelamatkan ummah melawan arus jahiliyyah walaupun mereka tidak sama seperti kita dalam bentuk usahanya…. dan ramai lagi yang kita tidak kenali mereka, tetapi Allah mengenali nama-nama mereka.

Mereka semua telah memberikan jasa dan saham untuk dakwah yang sedang begitu rancak kembali sekarang..!

Moga Allah memberikan pahala saham orang-orang yang telah membina iman dan islamku walaupun aku sendiri tidak pernah mengingati mereka sekarang..!

Artikel ini dipetik dari Ustaz Muntalaq :)

Mentaliti Hud-Hud

1

Posted by epi | Posted in Tazkirah | Posted on 19-06-2009

Assalamualaikum,

” Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir?”
” Pasti akan kuhukum ia dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas.”
Demikian bicara Nabi Sulaiman alaihisalam seusai pemeriksaan barisan tenteranya yang juga terdiri daripada burung-burung.
Ya, di manakah hud-hud? Masakan dia tak hadirkan diri untuk ‘roll call’ yang sangat penting ini? Masakan dia berani derhaka kepada perintah Nabi Sulaiman, yang kerajaan jika dibandingkan pada hari ini, lebih hebat daripada kerajaan Barrack Obama?
Tiba-tiba…
” Aku mengetahui sesuatu yang belum engkau ketahui. Aku datang kepadamu dari negeri Saba membawa suatu berita yang meyakinkan.”
Ah…itu hud-hud! Berita apakah yang dibawa oleh di kecil ini? Berita yang lebih penting daripada menghadirkan diri ke ‘roll call’ barisan tentera Nabi Sulaiman? Lebih penting daripada nyawanya sendiri? (Recap –> ” Pasti kuhukum dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia…”)
” Sungguh, kudapati ada seorang perempuan yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar.”
” Aku dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah, dan setan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk,”
” mereka juga tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan.”
” Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arsy yang agung.”
Hud-hud, seekor burung yang kecil, tapi mempunyai himmah (semangat) yang besar. Sanggup mengambil risiko demi menyampaikan berita yang cukup kritikal. ‘ Oh Nabi Allah, ada kaum yang berada dalam kesesatan yang nyata! Mereka, walaupun dikurniakan dengan kerajaan yang tidak kurang hebatnya, tidak menyembah Allah, yang telah mengurniakan mereka dengan nikmat itu pada awalnya! Apakah kita harus berdiam diri sahaja? Apakah kita harus goyang kaki sementara kaum ini terus menerus dalam kesesatan? Apakah kita bisa membiarkan saja mereka menyembah matahari?’
Hebat, hebat sungguh mentaliti hud-hud.
Dia tidak merasakan tubuhnya yang kecil menjadi penghalang dalam membawa misi yang cukup besar. Amar maaruf, nahi munkar.
Dia tidak merasakan, ‘oh, aku cuma seekor burung, ini sekumpulan manusia. mengapa aku perlu menjaga tepi kain mereka? Biarlah manusia lain yang menyibuk mengambil tahu hal mereka!’
Dia juga tidak merasakan, ‘ alamak, nanti kalau aku tak pulang segera untuk roll call ni, Nabi Sulaiman marah dan hukum aku. Tak perlulah sibuk-sibuk dengan kaum ni. Pandai-pandailah Nabi Sulaiman dapat tahu nanti. Dia kan rasul. Yang penting, aku jaga diri aku sendiri. Nanti aku kena hukum, kena sembelih, aku juga yang susah.’
Yang penting, yang bermain dalam fikiran hud-hud, cuma satu; ‘ok, ni ada kaum yang menyembah selain Allah. Isu yang sangat kritikal ok! kena sembelih pun sembelih la, masakan aku dapat berdiam diri sedangkan ada kemungkaran yang besar berlaku di hadapan mataku? Menyembah selain Allah! Tidak, tidak mungkin aku dapat biarkan!’
***************************************************
Saya sempat berbual dengan seorang pesakit semasa aku memasukkan cannula ke dalam salur darahnya. Dia dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan pada tulang kakinya yang patah. Semasa berbual saya mendapat tahu yang dia rupa-rupanya seorang guru (bekas).
” Did you enjoy your job?” Saya bertanya sambil menyiapkan peralatan untuk memasukkan cannula tersebut.
” Yes and no.” Jawabnya.
” Why no? “
” The kids nowadays, they have no respect to teachers. Unlike in the old days. And there is nothing that you can do about it. You can’t punish them. And there is no use bringing this up to the top. They don’t like to hear about this things.” Jelas tergambar kekecewaan di wajahnya yang sedikit pucat. (kiraan darah merahnya 7.6–>kerana itulah saya berusaha untuk memasukkan cannula ini, untuk memindahkan sedikit darah sebagai ganti)
” They don’t like whistle blowers? ” Cannula akhirnya berjaya dimasukkan, tinggal hendak ‘flush’.
” No, they don’t. They pretend that everything is ok when its clearly not.”
” At one point, the society is going to collapse isn’t it? It can’t keep on like this.” Saya membuat spekulasi sambil meletakkan ‘dressing’ di atas cannula tadi.
” I hope not. ” Pesakit itu tersenyum. ” Hopefully somebody will realize it and take action before its too late.”
Rupa-rupanya dia pun menanti kedatangan ‘hud-hud’. Hud-hud yang berani menyatakan kebenaran, berani menyatakan yang hak, berani mengambil tindakan, bukan hanya sekadar melihat dari tepi dan menanti.
Hud-hud yang menjadi pemangkin kepada perubahan masyarakat ini…
***************************************************
” Masuklah ke dalam istana.”
Ketika Balqis melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya penutup kedua betisnya.
” Sesungguhnya ini hanyalah lantai istana yang dilapisi kaca.” Kata Nabi Sulaiman.
Dan ketika itu pintu hidayah terbuka, lalu dia menyatakan keimanannya.
‘ Ya Tuhanku, sungguh, aku telah berbuat zalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama-sama Sulaiman kepada Allah, Tuhan seluruh alam.”
***************************************************
Saya bayangkan, kiranya hud-hud bersama-sama berada di situ, pastinya dia tersenyum puas mendengar ucapan ikhlas Ratu Balqis.
Dan dia cuma seekor burung. Sedangkan kitalah, sebagai manusia yang dipertanggungjawabkan untuk membawa risalah ini.
Adakah kita hendak kalah pada hanya seekor burung?
***************************************************
Saya tak dapat bayangkan, seandainya kita dapat memahami percakapan burung-burung atau semut, atau apa jua binatang yang sentiasa menjadi saksi terhadap peradaban manusia pada hari ini…
Pastinya kita akan malu…
Kerana pastinya tidak putus-putus mereka mengingatkan, mengkhabarkan, mengejar kita dengan berita-berita…
” Kaum X tak sembah Allah, sembah taghut!” Bising burung A.
” Kaum Y dah lupa kepada ajaran Rasulullah!” Leter semut B.
” Kaum Z perlu bimbingan, mereka tengah kritikal diserang jahiliyyah ni!” Panik ikan C.
Tak dapat bayangkan. Mesti kita ketika itu tak putus-putus bekerja kan? Tak ada masa dengan kerja-kerja lagho. Ada saja ‘report’ dari spesis yang berbeza. Semuanya peka, semuanya ingin sama-sama melihat dunia ini dikendalikan mengikut hukum Allah. Jaminan kesejahteraan dan kebahagiaan. Untuk semua.
***************************************************
Tapi realitinya, kita sebagai manusialah yang dipilih untuk memikul tanggungjawab ini.
Bukan burung-burung, bukan semut, bukan kucing, bukan ikan, bukan zirafah…
Rasulullah telah mewariskannya kepada kita.
Kitalah yang harus menjadi hud-hud itu…
Ayuh, persiapkan diri, ikhlaskan niat, dan teruslah bekerja!
(sumber rujukan : dari Surah an-Naml)

p/s: cerita ini dipetik dari penulisan seorang sahabat..

Hawa nafsu

0

Posted by epi | Posted in Tazkirah | Posted on 25-05-2009

Assalamualaikum,

Hawa nafsu adalah kecenderungan jiwa kepada perkara yang haram. Dinamakan hawa karena menyeret pelakunya di dunia kepada kehancuran dan di akhirat kepada neraka Hawiyah.

Allah berfirman :
Dan aku tidak menyatakan diriku bebas dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun , Maha Penyayang. [surah Yunus : 53]

Kita telah sedia maklum bahawa hawa nafsu merupakan satu-satu jalan syaitan dapat mempengaruhi amal perbuatan manusia. Jalan terbaik melawan hawa nafsu adalah dengan bermujahadah dan cara paling mudah untuk bermujahadah adalah dengan menitik-beratkan ibadat-ibadat asas setiap hari.

Solat yang khusyuk, sebagai contoh, mampu membersihkan hati dan mencegah individu daripada perbuatan keji. Solat subuh membantu individu melawan nafsu tidur yang berlebihan. Puasa memberikan kekuatan pada invididu yang mengawal nafsu makan, minum dan seks. Zakat membersihkan hati daripada penyakit tamak haloba. Pencarian ilmu melemahkan nafsu yang sukakan kesenangan dan kerehatan dan begitu seterusnya.

Mujahadah merupakan jambatan takwa. Jadi seharusnya dengan bermujahadah kita boleh belajar mengawal hawa nafsu dengan sebaiknya. Rasulullah pernah berkata, “seorang mujahid adalah orang yang memerangi dirinya sendiri.” Peperangan yang dimaksudkan adalah menundukkan hawa nafsu untuk mengikut kehendak Allah semata-mata.

Syaitan merupakan musuh yang nyata dan syaitan akan berusaha bermati-matian untuk mengheret kita ke neraka Hawiyah dan ini merupakan janji syaitan kepada Allah:

Iblis berkata, “Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan kejahatan terasa indah bagi mereka di bumi, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka.”[Al-Hijr :39-40]

Dan sudah semestinya kita tidak mahu tergolong di dalam golongan manusia yang menjadikan syaitan sebagai
sembahannya. Allah juga telah berfirman :

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup di atas penglihatannya.”[Al- Jasiyah :23]

Oleh itu, kunci untuk mendapatkan mujahadah yang paling berkesan dalam menundukkan hawa nafsu adalah dengan beristiqamah. Kerana kita telah jelas mengetahui bahawa syaitan tidak pernah berputus asa dan kita juga perlu ingat bahawa kita mempunyai sebaik-baik penolong iaitu Allah SWT. Dan dalam kita berusaha melawan nafsu kita juga perlu memohon pertolongan dari Pencipta kita Yang Maha Esa. InshaAllah kita akan berjaya mencapai muwasafat tarbiyyah.

Sekian.