Posted by epi | Posted in Luahan Hati | Posted on 02-01-2010
Album : Ini Langkahku
Munsyid : Shoutul Harokah
Lirik: Izzatul Islam
Kami sadari jalan ini ‘kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezhaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini, darah ini sepenuh ridho di hati
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran, siapapun pemanahnya
Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati tuk hanya ridho Illahi Robbi…
Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap di lontarkan dan menghujam
Menembus dada, lantakkan keangkuhan
Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak, menumbang kezhaliman
Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Illahi Rabbi…
Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan
Kami pisau belati yang slalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Tuk arungi da’wah ini jalan panjang
Asalkan ikhlas di hati menuju jannah Illahi Robbi…
—
Berada di jalan ini yang payah, panjang, jauh dan penuh onak duri. Jalan ini tidak akan menjanjikan jawatan, pangkat, harta atau segala apa yang ada di muka bumi ini. Tapi sunnatullahNya yang akan sentiasa berlaku dan betul akan tetap berlaku. Berada di jalan ini mendorong seseorang untuk berusaha dengan gigih untuk memenuhi segala kehendak Ilahi. Apabila jalan ini yang KITA pilih, janganlah kita mengharapkan kasih sayang daripada orang yang biasa, orang yang tidak mahu memahami dan tidak sanggup menempuh segala cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi. Janganlah kita mengaharapkan tepukan tangan daripada mereka. Di jalan inilah kita akan diasingkan, dipisahkan, dan kita sendiri yang telah bersedia dan tidak akan lari daripada kebenaran akan bersedia untuk menempuhi segalanya. Pada masa inilah percampuran hak dan batil akan menghasilkan acuan yang kotor, busuk dan meloyakan. Percampuran Jahiliah dan Kebenaran tidak akan membenarkan kita melangkah jauh di atas jalan yang kita sudah yakin jalan yang sama ditempuhi oleh para Nabi dan Rasul zaman silam. Mereka melakukan kerja ini dengan penuh kesedaran bahawa inilah tujuan manusia diutuskan, untuk mentadbir alam dan menjalankan tugas sebagai Khalifah. Khalifah adalah seseorang yang akan sentiasa menolong rakyatnya, secara fitrahnya, manusia akan sentiasa mahu yang terbaik untuk diri sendiri dan kaum kerabatnya. Mungkin kita adalah Khalifah yang cuba menarik orang untuk bersama-sama dengan kita tapi adakah kita mengikut seperti apa yang Nabi terakhir kita buat? Adakah kita berkasih-sayang dalam kerja menyampaikan kebenaran? Adalah kita mencampurkan segala yang hak dan batil? Adakah kita menjaga pergaulan dan pandangan kita? Semua ini amat dijaga pada zaman Generasi al-Quran yang unik, akhlak mereka adalah akhlak al-Quran. Amat cantik dan menarik. Amat terjaga dan amat bersih. Akan ada pihak mengatakan perlunya kita menggunakan semua apa yang ada disekeliling kita untuk menyampaikan kebenaran ini. Tapi adakah segala apa yang ada disekeliling kita ini bersih dan mengikut kemahuan Yang Maha Esa? Fikir-fikirkanlah…
Untuk berada di atas jalan yang payah ini kita hendaklah bersedia untuk berkorban harta dan nyawa kerana kehidupan kita telah dibeli oleh Allah Taala dengan jual beli yang berat sebelah. Allah amat menyayangi kita, Dia membeli kehidupan kita dengan Syurga yang abadi. Mahal sungguh harga Syurga, tapi Allah sanggup membayar kehidupan kita yang tidak berharga ini dengan Syurga yang tidak ternilai harganya.
