Winter Trip KITA 2009

0

Posted by epi | Posted in Life | Posted on 08-01-2010

>Winter Trip KITA 2009

Best sangat tengok video nih..=)

Ibubapa mu dahulukan mereka!

0

Posted by epi | Posted in Life, Tazkirah | Posted on 11-08-2009

Ketika kita masih kecil, ibubapa menyayangi kita. Menjaga dan membelai. Menahan hujan dan panas. Memberi makan walaupun kadangkala mereka sendiri terpaksa berlapar dan menghabiskan duit untuk membeli makanan ringan untuk kita.

Berbelas tahun kita begitu sehingga kita besar…

Tiba-tiba ketika kita mendapat dakwah dan memahami Islam, kita engkar dan menjadi lebih ‘tidak mendengar kata’. Setelah anaknya mengenali ‘usrah’ dan ‘tamrin’, tiba-tiba menjadi lebih degil dan tidak mengerti erti kasih sayang dan ‘ihsan’. Bahkan kadangkala menipu dan mendahulukan kawan-kawan ‘ikhwah/akhawat’ nya??

Ibubapa kita tidak mengerti bahasa dakwah kita. Mereka tidak faham apa erti ‘ISK’ dan ‘IPK’. Apa yang mereka fahami ialah kita telah mengikuti dakwah dan tiba-tiba anaknya menjadi lebih ‘kurang ajar’ !

Apakah ini semua tidak menyakitkan hati mereka berdua? Bukankan ini akan memburukkan lagi imej dakwah dan usrah?

Duduklah ditempat mereka, berfikirlah apa yang mereka fikir dan ingatilah betapa pedihnya anak yang ditatang rapi sejak lahir dengan begitu susah payah setelah di’bawa’ ke sana ke mari selama 9 bulan tiba-tiba berubah lebih ‘degil’ setelah bersama-sama dgn kawan-kawanya yang bertudung labuh?

Jagailah hati kedua mereka. Mereka lebih patut dijagai dari menjaga nuqaba’ anda. Naqib/naqibah anda hanya datang pada beberapa hari kebelakangan ini. Mereka datang mengenalkan anda tentang Islam dan erti tanggungjawab ’syahadatul haq’. Tetapi mereka tidak dapat membuang hati ibubapa dan melemparkan begitu saja. Mengenal Islam tidak beerti kita menolak ibubapa walaupun mereka ‘tidak sefaham’ kita dan ‘tidak seaktif’ kita.

Naqib/naqibah mungkin dapat mengajar erti Islam ‘baru’ yang kita belajar, tetapi mereka tidak dapat menghapuskan ketinggian perintah Allah untuk ihsan kepada ibubapa. Jika ihsan ibubapa tidak dapat ditunaikan tanpa mengingkari naqib/naqibah, maka ibubapa mesti didahulukan. Ibubapa hanya tidak dapat menandingi ‘wajibnya dakwah’ kerana ia adalah perintah Allah, tetapi ibubapa boleh menandingi ketinggian taatnya pada naqib tertentu, kerana ‘tertentu’ masih dalam lingkungan ijtihadi.

Moga kita tidak menjadi beban dan perosak ‘imej’ dakwah. Bersopan dan berbaktilah… moga Allah mudahkan perjalanan amal kita.

Coretan Ustaz Muntalaq :)

Palestina Tercinta

0

Posted by epi | Posted in Life | Posted on 09-08-2009

>TETAP BERJUANG

Manusia ‘Luar Biasa’

5

Posted by epi | Posted in Life | Posted on 06-05-2009

Assalamualaikum,

Dari Abu Hurairah r.a berkata:

Rasulullah S.A.W bersabda:

Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing).

Dan ia akan kembali asing.Maka beruntunglah orang-orang yang asing.

“Eh naim, ko rasa aku ni baik ke jahat?” tanya Abim.

“Eh, xla. Aku rasa ko ni ok je. Sembahyang cukup, pose penuh, baik pulak tu.” jawab Naim.

“Tapi aku rasa Mahdi tu lg baik la.” ujar Abim.

“Urm, Mahdi tu memangla baik tapi dia tu ekstrim sangatlah. Gi ikut usrahla, cakap2 pasal dakwah la.Aku rasa orang mcm kita ni dah kira okla. Kita x mencuri, x berzina , asalkan kita jadi org baik, sudeyh.” kata Naim.

“Aah, betul juga cakap ko ni Naim.” sambung Abim.

Begitulah perbualan dua orang sahabat baik yang jelas menunjukkan cara pemikiran masyarakat Islam sekarang. Mereka beranggapan bahwa dengan menjadi baik sahaja sudah memadai bagi hidup seorang muslim. Dan mereka yang menjalankan tugas untuk menyebarkan risalah agama dipandang ‘pelik’ dan mengatakan mereka adalah ekstremis.

Berdasarkan hadis di atas, saya teruja untuk mengingatkan diri saya dan sahabat sekalian agar jangan sesekali berasa takut untuk menjadi ‘extraordinary’ atau ‘luar biasa’ kerana pada akhir zaman kita akan dipandang asing oleh orang kebanyakan sepertimana ketika pada zaman Rasulullah S.A.W.

Jadi, tanggungjawab kita adalah untuk menyedarkan mereka di luar sana yang masih tidak tahu tentang tugas mereka sebagai khalifah di muka bumi. Biar kita fahamkan mereka maksud ‘luar biasa’ yang mereka ungkapkan. Biar mereka mengerti siapa itu muslim? Mereka tidak tahu mengenai ‘Syahadatul Haq’ dan kita wajib memberitahu mereka . Supaya di akhirat kelak, tiada alasan untuk mereka dengan mengatakan kita tidak menyampaikan khabar ini pada mereka.

Wahai pemuda-pemuda Islam, ayuh,bangkitlah dari lena yang panjang, marilah kita kibarkan panji Islam dan sebarkan risalah agama Allah ini sehingga ke teras bumi. Allahhu Akbar!!!!!!!!!!!!!Sekian..

Jangan kembali ke dalam lumpur!!!

1

Posted by epi | Posted in Life | Posted on 20-04-2009

Assalamualaikum,

“Dan bacakanlah (Muhammad) kepada mereka, berita orang yang telah Kami berikan ayat-ayat Kami kepadanya, kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh setan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang yang sesat”.

[Al-A'raf - 7 : 175]

Menariknya ayat ini ialah dapat mengingatkan diri saya dan sahabat2 lain untuk tidak kembali terjerumus di dalam lumpur yang mengotorkan pakaian kita. Janganlah sia-siakan usaha kita yang bersusah-payah untuk mencuci pakaian dari lumpur yang memang sukar untuk dihilangkan.

Apabila kita telah naik ke darat untuk keluar dari lumpur, mana mungkin kita mahu kembali ke sana. Ayat di atas juga menerangkan, setelah kita memahami ayat-ayat Allah dan kita kembali kepada jahilliyah serta masih tidak menjalankan kewajiban, maka telah tersedia satu barisan setan laknat menanti kita untuk  menodai kita kembali ke dalam kesesatan.

Dan juga ingin saya kabarkan, apabila kita sedar bahawa kita telah melakukan sekecil mana pun dosa, maka kita balaskan dengan seribu kebaikan. InshaAllah sangat membantu apabila kita terasa sangat lemah dan tidak berdaya. Kerana hal inilah Saidina Umar sangat digeruni oleh semua setan.

Curilah sedikit masa untuk kita berfikir.Sekian.

Masa..

0

Posted by epi | Posted in Life | Posted on 25-02-2009

Assalamualaikum,

Demi masa,

Sungguh manusia berada dalam kerugian,

Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan

serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

-surah Al-’Asr-

Merupakan surah yang amat pendek dan ringkas tetapi dapat menunjukkan seluruh perlembagaan Islam dengan menggunakan beberapa ungkapan sahaja. Segala pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Saya yakin bahawa hampir semua muslim mengetahui mengenai surah ini dan adakah anda semua tahu apakah mesej tersirat yang ingin disampaikan kepada sekalian manusia?

Ayat ketiga dalam surah ini menyimpan maksud yang amat mendalam dan dapat menerangkan peraturan hidup yang cukup sempurna bagi manusia mengikut acuan Islam. Hakikatnya Allah telah memudahkan kita untuk menjalani kehidupan kita dengan memberi sempadan atau penanda aras untuk kita menjadi hamba yang patuh dan taat kepada-Nya.

Di sini Allah menyatakan hanya ada satu cara dan satu jalan untuk mendapatkan keuntungan dan keselamatan dalam hidup  melalui ayat ke-3 (yang telah dihitamkan) iaitu , dengan hanya beriman kepada-Nya dengan melakukan amal kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran (berdakwah) dan saling menasihati untuk kesabaran walau selanjut mana waktu pada seluruh zaman dan sepanjang mana kelansungan hidup manusia . Selain cara hidup ini adalah sia-sia dan rugi belaka.

Walaubagaimanapun, manusia masih lagi leka membuang masa dengan melakukan perkara yang sia-sia, dan memang tidak dapat dinafikan bahawa hati manusia banyak tersimpan karat-karat jahiliyyah, tetapi jika tidak berusaha maka mana mungkin akan ada hasilnya.

Dan ingatlah, tanpa anda semua,dakwah akan tetap berterusan.Allah tetap akan menjaga agama-Nya.Sebaliknya kita adalah yang paling rugi jika kita masih berlengah. Maka benarlah pepatah Arab ada mengatakan:

“Masa itu ibarat pedang.Jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu”.

Sekian.

Hadiah atau Balasan??

3

Posted by epi | Posted in Life | Posted on 11-02-2009

Salam,

Kelmarin merupakan hari jadi saya(9 Feb 2009)(“,).Dan ini merupakan kali pertama saya menyambut hari kelahiran  di bumi asing.Bercampur-baur perasaan ini,saya gembira kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk meneruskan kehidupan ini dan pada masa yang sama saya juga berasa sedih kerana telefon baru saya (G1) rosak pada hari tersebut.

Tapi saya pun terfikir adakah ini merupakan hadiah hari jadi saya kerana Allah ingin memberikan cebisan ujian kepada saya?Atau Allah ingin menunjukkan sedikit kekuasaan-Nya dengan memberi balasan atau hukuman kepada diri saya ketika di dunia lagi?

Apa yang ingin saya sampaikan adalah kita sebagai muslim hendaklah bersabar dan tabah apabila menghadapi sebarang masalah sama ada masalah itu kecil mahupun besar kerana ketika ini muncullah peluang kepada diri kita untuk membuat sedikit refleksi sepanjang kehidupan kita.Adakah benar kita telah melakukan amar makruf nahi munkar sepenuhnya atau kita masih leka bermain dengan  hal duniawi yang sentiasa berada di sekeliling kita?

Jika tidak,seolah-0lah kita masih lagi bermain-main dengan janji-janji kita kepada Allah.Dan ingatlah bahawa Allah juga Maha Murka.

Bersama-sama kita renungkan….

Taubat Seorang Hamba

0

Posted by epi | Posted in Life | Posted on 11-02-2009

Taubat Seorang Hamba

Ku dambakan kasihMu oh Tuhan
Ku sedari kesilapan ini
Ampunilah dosa-dosaku
Yang pernah ku lakukan sewaktu hidupku

Dengarkanlah rintihan
HambaMu yang dha’if lagi hina
Ku sedari kesilapan ini
Terimalah taubatku

Ampunilah kesilapanku
Oh Tuhan yang esa
Diriku masih dalam keadaan lemah
Mengharapkan hidayah dariMu

Moga terampunlah dosa-dosaku
Jauhi diriku dari azabMu
Kerna ku masih buntu waktu untuk ku kembali..
Oh Tuhan…

Salam Perkenalan…

1

Posted by epi | Posted in Life | Posted on 01-02-2009

Assalamulaikum,

Salam berkenalan buat semua,

Hari ini merupakan hari paling bersejarah buat penulis.Setelah sekian lama penulis dipaksa oleh seorang ‘alien’ yg kadang-kadang memberi sedikit inspirasi kepada diri penulis untuk membuat blog,dan pada tanggal 1 Februari 2009 telah menjadi tarikh keramat apabila penulis berjaya membuat blog personal akhirnya.Jadi harap dapat memberi sedikit tunjuk ajar kepada penulis tentang arena blog ini.