Wakaf Usang

Di Sebalik Dunia Realiti
  • Archives
  • Categories
  • Archive for August, 2009

    Ibubapa mu dahulukan mereka!

    Tuesday, August 11th, 2009

    Ketika kita masih kecil, ibubapa menyayangi kita. Menjaga dan membelai. Menahan hujan dan panas. Memberi makan walaupun kadangkala mereka sendiri terpaksa berlapar dan menghabiskan duit untuk membeli makanan ringan untuk kita.

    Berbelas tahun kita begitu sehingga kita besar…

    Tiba-tiba ketika kita mendapat dakwah dan memahami Islam, kita engkar dan menjadi lebih ‘tidak mendengar kata’. Setelah anaknya mengenali ‘usrah’ dan ‘tamrin’, tiba-tiba menjadi lebih degil dan tidak mengerti erti kasih sayang dan ‘ihsan’. Bahkan kadangkala menipu dan mendahulukan kawan-kawan ‘ikhwah/akhawat’ nya??

    Ibubapa kita tidak mengerti bahasa dakwah kita. Mereka tidak faham apa erti ‘ISK’ dan ‘IPK’. Apa yang mereka fahami ialah kita telah mengikuti dakwah dan tiba-tiba anaknya menjadi lebih ‘kurang ajar’ !

    Apakah ini semua tidak menyakitkan hati mereka berdua? Bukankan ini akan memburukkan lagi imej dakwah dan usrah?

    Duduklah ditempat mereka, berfikirlah apa yang mereka fikir dan ingatilah betapa pedihnya anak yang ditatang rapi sejak lahir dengan begitu susah payah setelah di’bawa’ ke sana ke mari selama 9 bulan tiba-tiba berubah lebih ‘degil’ setelah bersama-sama dgn kawan-kawanya yang bertudung labuh?

    Jagailah hati kedua mereka. Mereka lebih patut dijagai dari menjaga nuqaba’ anda. Naqib/naqibah anda hanya datang pada beberapa hari kebelakangan ini. Mereka datang mengenalkan anda tentang Islam dan erti tanggungjawab ’syahadatul haq’. Tetapi mereka tidak dapat membuang hati ibubapa dan melemparkan begitu saja. Mengenal Islam tidak beerti kita menolak ibubapa walaupun mereka ‘tidak sefaham’ kita dan ‘tidak seaktif’ kita.

    Naqib/naqibah mungkin dapat mengajar erti Islam ‘baru’ yang kita belajar, tetapi mereka tidak dapat menghapuskan ketinggian perintah Allah untuk ihsan kepada ibubapa. Jika ihsan ibubapa tidak dapat ditunaikan tanpa mengingkari naqib/naqibah, maka ibubapa mesti didahulukan. Ibubapa hanya tidak dapat menandingi ‘wajibnya dakwah’ kerana ia adalah perintah Allah, tetapi ibubapa boleh menandingi ketinggian taatnya pada naqib tertentu, kerana ‘tertentu’ masih dalam lingkungan ijtihadi.

    Moga kita tidak menjadi beban dan perosak ‘imej’ dakwah. Bersopan dan berbaktilah… moga Allah mudahkan perjalanan amal kita.

    Coretan Ustaz Muntalaq :)

    Palestina Tercinta

    Sunday, August 9th, 2009

    >TETAP BERJUANG

    Anda bukan keseorangan memimpinnya..

    Sunday, August 9th, 2009

    Assalamualaikum

    Ketika anda mengajak seseorang ke jalan yang benar, tiba-tiba anda terasa sangat gembira kerana sedikit usaha dari anda telah memberikan hasilnya. Anda terus diterima dan orang yang diajak mengikuti anda dengan pantas. Anda mengira anda telah melakukan sesuatu yang besar.

    Anda harus sedar. Seseorang yang sedar ditangan anda sebenarnya bukannya hasil sepenuhnya dari usaha anda. Anda hanya mungkin hanya orang yang terakhir memegangnya dan membawanya ke satu ‘klick’ yang menyebabkannya tersentak dan terus mengikut kebenaran.

    Sebelum anda telah ada banyak manusia lain yang telah sama-sama memberikan saham untuk menyedarkannya. Cuma apa yang telah dibuat oleh orang lain tidak dapat menyampaikannya ke tahap ‘klick’ tersebut. Mungkin usaha orang lain lebih banyak dari usaha anda. Anda hanya pelengkap.

    Mungkin orang lain telah berlari beratus-ratus kilometer untuk membawa obor itu ke garisan akhir. Tetapi oleh kerana anda adalah pembawa obor terakhir, maka anda yang diraikan dan disanjung, bukan orang yang sebelumnya. Sedangkan anda mungkin hanya berlari beberapa meter yang terakhir sebelum tiba ke garisan.

    Kefahaman ini mengingatkan anda betapa banyaknya manusia lain yang telah berkorban untuk usaha dakwah ini. Mereka berpenat lelah dan mungkin sebahagian dari mereka telah meninggal. Tetapi hasil usaha mereka itu kita kutip dengan mudah, kita petik dan membungkusnya indah-indah.

    Inilah rahsia kata-kata Imam al-Syafie r.a:

    الحر من راعى وداد لحظة أو تمسك بمن أفاده لفظة

    atau dalam riwayat yang lain:

    وَأَنَّ الْحُرَّ مَنْ رَاعَى وِدَادَ لَحْظَةٍ وَانْتَمَى لِمَنْ أَفَادَ لَفْظَةً

    Orang yang merdeka itu ialah orang yang menjaga kasih sayang kepada seseorang walaupun walaupun ianya sebentar diperolehi, dan dia berpegang atau merasai terikat dengan seseorang yang pernah memberi faedahnya kepadanya walaupun dengan suatu perkataan.

    Salman r.a tidak begitu cepat untuk beriman jika tidak hasil dari nasihat dari guru-gurunya sebelum dia tiba di Madinah. Zaid Amru r.a mempunyai sahamnya atas doa yang dibuat untuk menjadikan anaknya Said bin Zaid r.a menjadi muslim. Di belakang setiap hidayah, terdapat berapa ramai orang yang telah mendapat saham pahalanya.

    Moga kita menghargai semua jasa mereka yang mungkin telah pergi, mereka yang masih ada tetapi mungkin telah jauh seketika dari dakwah, mereka yang masih berhempas pulas menyelamatkan ummah melawan arus jahiliyyah walaupun mereka tidak sama seperti kita dalam bentuk usahanya…. dan ramai lagi yang kita tidak kenali mereka, tetapi Allah mengenali nama-nama mereka.

    Mereka semua telah memberikan jasa dan saham untuk dakwah yang sedang begitu rancak kembali sekarang..!

    Moga Allah memberikan pahala saham orang-orang yang telah membina iman dan islamku walaupun aku sendiri tidak pernah mengingati mereka sekarang..!

    Artikel ini dipetik dari Ustaz Muntalaq :)

    Aku tidak pernah menyesal!!

    Tuesday, August 4th, 2009

    Assalamualaikum

    Album : Ini Langkahku
    Munsyid : Shoutul Harokah

    Aaa… Ini langkahku
    Aaa… Terus melaju
    Aaa… Ini langkahku
    Aaa… Bangkitkan jihad

    Ini Langkahku yang kan kuayun
    Walaupun payah tak akan jera
    Ini langkahku kan trus melaju
    Setegar karang bangkitkan jihadku

    Aral rintangan datang menghadang
    Tapi syurga di bawah kilatan pedang
    Hancurkan kedzaliman
    Tegakkan keadilan

    Pastikan langkahmu wahai pejuang
    Dengan Al-Qur’an menjadi pedoman
    Hembuskanlah angin pembaharuan
    Karena kita khalifaturrahman

    Klik di sini untuk melihat klip video