Wakaf Usang

Di Sebalik Dunia Realiti
  • Archives
  • Categories
  • Hawa nafsu

    Assalamualaikum,

    Hawa nafsu adalah kecenderungan jiwa kepada perkara yang haram. Dinamakan hawa karena menyeret pelakunya di dunia kepada kehancuran dan di akhirat kepada neraka Hawiyah.

    Allah berfirman :
    Dan aku tidak menyatakan diriku bebas dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun , Maha Penyayang. [surah Yunus : 53]

    Kita telah sedia maklum bahawa hawa nafsu merupakan satu-satu jalan syaitan dapat mempengaruhi amal perbuatan manusia. Jalan terbaik melawan hawa nafsu adalah dengan bermujahadah dan cara paling mudah untuk bermujahadah adalah dengan menitik-beratkan ibadat-ibadat asas setiap hari.

    Solat yang khusyuk, sebagai contoh, mampu membersihkan hati dan mencegah individu daripada perbuatan keji. Solat subuh membantu individu melawan nafsu tidur yang berlebihan. Puasa memberikan kekuatan pada invididu yang mengawal nafsu makan, minum dan seks. Zakat membersihkan hati daripada penyakit tamak haloba. Pencarian ilmu melemahkan nafsu yang sukakan kesenangan dan kerehatan dan begitu seterusnya.

    Mujahadah merupakan jambatan takwa. Jadi seharusnya dengan bermujahadah kita boleh belajar mengawal hawa nafsu dengan sebaiknya. Rasulullah pernah berkata, “seorang mujahid adalah orang yang memerangi dirinya sendiri.” Peperangan yang dimaksudkan adalah menundukkan hawa nafsu untuk mengikut kehendak Allah semata-mata.

    Syaitan merupakan musuh yang nyata dan syaitan akan berusaha bermati-matian untuk mengheret kita ke neraka Hawiyah dan ini merupakan janji syaitan kepada Allah:

    Iblis berkata, “Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan kejahatan terasa indah bagi mereka di bumi, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka.”[Al-Hijr :39-40]

    Dan sudah semestinya kita tidak mahu tergolong di dalam golongan manusia yang menjadikan syaitan sebagai
    sembahannya. Allah juga telah berfirman :

    “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup di atas penglihatannya.”[Al- Jasiyah :23]

    Oleh itu, kunci untuk mendapatkan mujahadah yang paling berkesan dalam menundukkan hawa nafsu adalah dengan beristiqamah. Kerana kita telah jelas mengetahui bahawa syaitan tidak pernah berputus asa dan kita juga perlu ingat bahawa kita mempunyai sebaik-baik penolong iaitu Allah SWT. Dan dalam kita berusaha melawan nafsu kita juga perlu memohon pertolongan dari Pencipta kita Yang Maha Esa. InshaAllah kita akan berjaya mencapai muwasafat tarbiyyah.

    Sekian.

    Leave a Reply