Assalamualaikum,
“Dan bacakanlah (Muhammad) kepada mereka, berita orang yang telah Kami berikan ayat-ayat Kami kepadanya, kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh setan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang yang sesat”.
[Al-A'raf - 7 : 175]
Menariknya ayat ini ialah dapat mengingatkan diri saya dan sahabat2 lain untuk tidak kembali terjerumus di dalam lumpur yang mengotorkan pakaian kita. Janganlah sia-siakan usaha kita yang bersusah-payah untuk mencuci pakaian dari lumpur yang memang sukar untuk dihilangkan.
Apabila kita telah naik ke darat untuk keluar dari lumpur, mana mungkin kita mahu kembali ke sana. Ayat di atas juga menerangkan, setelah kita memahami ayat-ayat Allah dan kita kembali kepada jahilliyah serta masih tidak menjalankan kewajiban, maka telah tersedia satu barisan setan laknat menanti kita untukĀ menodai kita kembali ke dalam kesesatan.
Dan juga ingin saya kabarkan, apabila kita sedar bahawa kita telah melakukan sekecil mana pun dosa, maka kita balaskan dengan seribu kebaikan. InshaAllah sangat membantu apabila kita terasa sangat lemah dan tidak berdaya. Kerana hal inilah Saidina Umar sangat digeruni oleh semua setan.
Curilah sedikit masa untuk kita berfikir.Sekian.
terbaik