Assalamualaikum,
Hari ini saya berminat untuk bercerita mengenai destinasi saya dan inshaAllah menjadi destinasi bagi semua mukmin.Jadi, apa dan di mana destinasi yang hendak ditujui?Cuba lah teka..
Semestinya SYURGA, yang mana di bawahnya mengalir sungai-sungai yang seringkali disebut di dalam Al-Quran.Dan apabila syurga adalah destinasi kita, apakah kenderaan yang memacu kita ke sana?
Pendek kata, apa yang sepatutnya kita lakukan untuk memasuki syurga Allah ini? Kita mestilah melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita iaitu untuk menyampaikan risalah agama yang amat murni ini.
Timbul persoalan di dalam diri saya, apakah saya berada di dalam kenderaan yang menuju destinasi yang sepatutnya?Kerana kenderaan ini tidak akan berhenti dan terus bergerak laju walaupun tanpa saya menyertainya.
Kesimpulannya, tiada masa untuk kita berdalih lagi kerana kita mungkin tidak sempat untuk mengejar ia.Maka terlepaslah kita dan rugi yang teramat sangat kepada diri kita.
Sama-samalah kita renungkan..
guru-mengajar dari alif ba taa..mengajar dari one two tree-mengajar dari abc- terharu dgn pengorbanannya mengubah dari buta huruf kepada celik it…he…he
InsyaAllah. Jadilah guru yg menyentuh hati2 pelajarnya dengan sentuhan deen. All the best!
actually my comment utk entry ‘guru’ tp tersilap kat sini pula..