Assalamualaikum,
Demi masa,
Sungguh manusia berada dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan
serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
-surah Al-’Asr-
Merupakan surah yang amat pendek dan ringkas tetapi dapat menunjukkan seluruh perlembagaan Islam dengan menggunakan beberapa ungkapan sahaja. Segala pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Saya yakin bahawa hampir semua muslim mengetahui mengenai surah ini dan adakah anda semua tahu apakah mesej tersirat yang ingin disampaikan kepada sekalian manusia?
Ayat ketiga dalam surah ini menyimpan maksud yang amat mendalam dan dapat menerangkan peraturan hidup yang cukup sempurna bagi manusia mengikut acuan Islam. Hakikatnya Allah telah memudahkan kita untuk menjalani kehidupan kita dengan memberi sempadan atau penanda aras untuk kita menjadi hamba yang patuh dan taat kepada-Nya.
Di sini Allah menyatakan hanya ada satu cara dan satu jalan untuk mendapatkan keuntungan dan keselamatan dalam hidupĀ melalui ayat ke-3 (yang telah dihitamkan) iaitu , dengan hanya beriman kepada-Nya dengan melakukan amal kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran (berdakwah) dan saling menasihati untuk kesabaran walau selanjut mana waktu pada seluruh zaman dan sepanjang mana kelansungan hidup manusia . Selain cara hidup ini adalah sia-sia dan rugi belaka.
Walaubagaimanapun, manusia masih lagi leka membuang masa dengan melakukan perkara yang sia-sia, dan memang tidak dapat dinafikan bahawa hati manusia banyak tersimpan karat-karat jahiliyyah, tetapi jika tidak berusaha maka mana mungkin akan ada hasilnya.
Dan ingatlah, tanpa anda semua,dakwah akan tetap berterusan.Allah tetap akan menjaga agama-Nya.Sebaliknya kita adalah yang paling rugi jika kita masih berlengah. Maka benarlah pepatah Arab ada mengatakan:
“Masa itu ibarat pedang.Jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu”.
Sekian.