Posted by epi | Posted in Life | Posted on 25-02-2009
Assalamualaikum,
Demi masa,
Sungguh manusia berada dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan
serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
-surah Al-’Asr-
Merupakan surah yang amat pendek dan ringkas tetapi dapat menunjukkan seluruh perlembagaan Islam dengan menggunakan beberapa ungkapan sahaja. Segala pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Saya yakin bahawa hampir semua muslim mengetahui mengenai surah ini dan adakah anda semua tahu apakah mesej tersirat yang ingin disampaikan kepada sekalian manusia?
Ayat ketiga dalam surah ini menyimpan maksud yang amat mendalam dan dapat menerangkan peraturan hidup yang cukup sempurna bagi manusia mengikut acuan Islam. Hakikatnya Allah telah memudahkan kita untuk menjalani kehidupan kita dengan memberi sempadan atau penanda aras untuk kita menjadi hamba yang patuh dan taat kepada-Nya.
Di sini Allah menyatakan hanya ada satu cara dan satu jalan untuk mendapatkan keuntungan dan keselamatan dalam hidupĀ melalui ayat ke-3 (yang telah dihitamkan) iaitu , dengan hanya beriman kepada-Nya dengan melakukan amal kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran (berdakwah) dan saling menasihati untuk kesabaran walau selanjut mana waktu pada seluruh zaman dan sepanjang mana kelansungan hidup manusia . Selain cara hidup ini adalah sia-sia dan rugi belaka.
Walaubagaimanapun, manusia masih lagi leka membuang masa dengan melakukan perkara yang sia-sia, dan memang tidak dapat dinafikan bahawa hati manusia banyak tersimpan karat-karat jahiliyyah, tetapi jika tidak berusaha maka mana mungkin akan ada hasilnya.
Dan ingatlah, tanpa anda semua,dakwah akan tetap berterusan.Allah tetap akan menjaga agama-Nya.Sebaliknya kita adalah yang paling rugi jika kita masih berlengah. Maka benarlah pepatah Arab ada mengatakan:
“Masa itu ibarat pedang.Jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu”.
Sekian.
Posted by epi | Posted in Life | Posted on 11-02-2009
Salam,
Kelmarin merupakan hari jadi saya(9 Feb 2009)(“,).Dan ini merupakan kali pertama saya menyambut hari kelahiranĀ di bumi asing.Bercampur-baur perasaan ini,saya gembira kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk meneruskan kehidupan ini dan pada masa yang sama saya juga berasa sedih kerana telefon baru saya (G1) rosak pada hari tersebut.
Tapi saya pun terfikir adakah ini merupakan hadiah hari jadi saya kerana Allah ingin memberikan cebisan ujian kepada saya?Atau Allah ingin menunjukkan sedikit kekuasaan-Nya dengan memberi balasan atau hukuman kepada diri saya ketika di dunia lagi?
Apa yang ingin saya sampaikan adalah kita sebagai muslim hendaklah bersabar dan tabah apabila menghadapi sebarang masalah sama ada masalah itu kecil mahupun besar kerana ketika ini muncullah peluang kepada diri kita untuk membuat sedikit refleksi sepanjang kehidupan kita.Adakah benar kita telah melakukan amar makruf nahi munkar sepenuhnya atau kita masih leka bermain denganĀ hal duniawi yang sentiasa berada di sekeliling kita?
Jika tidak,seolah-0lah kita masih lagi bermain-main dengan janji-janji kita kepada Allah.Dan ingatlah bahawa Allah juga Maha Murka.
Bersama-sama kita renungkan….
Posted by epi | Posted in Life | Posted on 11-02-2009
Taubat Seorang Hamba
Ku dambakan kasihMu oh Tuhan
Ku sedari kesilapan ini
Ampunilah dosa-dosaku
Yang pernah ku lakukan sewaktu hidupku
Dengarkanlah rintihan
HambaMu yang dha’if lagi hina
Ku sedari kesilapan ini
Terimalah taubatku
Ampunilah kesilapanku
Oh Tuhan yang esa
Diriku masih dalam keadaan lemah
Mengharapkan hidayah dariMu
Moga terampunlah dosa-dosaku
Jauhi diriku dari azabMu
Kerna ku masih buntu waktu untuk ku kembali..
Oh Tuhan…
Posted by epi | Posted in Life | Posted on 01-02-2009
Assalamulaikum,
Salam berkenalan buat semua,
Hari ini merupakan hari paling bersejarah buat penulis.Setelah sekian lama penulis dipaksa oleh seorang ‘alien’ yg kadang-kadang memberi sedikit inspirasi kepada diri penulis untuk membuat blog,dan pada tanggal 1 Februari 2009 telah menjadi tarikh keramat apabila penulis berjaya membuat blog personal akhirnya.Jadi harap dapat memberi sedikit tunjuk ajar kepada penulis tentang arena blog ini.